Wednesday, April 18, 2018

KALAU ORANG LAIN BOLEH PASTI SAYA PUN BOLEH!

Image result for orang berjaya

TIPS INSPIRASI FY

KENAPA ORANG LAIN BERJAYA KENAPA KITA TIDAK?

SEBAB orang lain berfikiran besar sedangkan kita kecil walaupun otak kita sama besar.

SEBAB orang lain punya misi dan visi yang jelas lantas dilaksanakan sedangkan kita tidak.

SEBAB orang lain gigih berusaha kerana percaya aktiviti adalah produktiviti sedangkan kita lepak.

SEBAB orang lain pandai mengurus dan menghargai masa sedangkan masa kita banyak yang dipersiakan.

SEBAB orang lain berbincang tentang idea sedangkan kita bercerita tentang hal ehwal semasa.

SEBAB orang lain bina jaringan perniagaan sedangkan kita bina jaringan sosial.

SEBAB orang lain tidak berputus asa sedangkan kita mengalah sebelum berjuang.

SEBAB orang lain cari sebab untuk berjaya sedangkan kita cari alasan untuk gagal.

SEBAB orang lain minta bantuan mentor sedangkan kita rasa kita hebat.

SEBAB orang lain saban hari mencari ilmu terkini sedangkan kita tidak.

SEBAB orang lain membantu orang lain untuk sama-sama berjaya sedangkan kita tidak.

SEBAB orang lain berdoa memohon pertolongan Allah sedangkan kita tidak.

SEBAB orang lain yakin dan bertawakkal kepada Allah sedangkan kita yakin pada makhluk.

SEBAB orang lain redha dengan apa juga rezeki yang ditentukan Allah sedangkan kita kecewa dan tak puas hati.

SEBAB orang lain gembira melihat kejayaan orang lain sedangkan kita irihati dan dengki. 

SEBAB orang lain mengendalikan kewangan dengan baik sedangkan kita tidak.

SEBAB orang lain ikut hukum hakam sedangkan kita main langgar jer.

SEBAB orang lain bersifat terbuka sedangkan kita pula tertutup.

SEBAB orang lain mudah melakukan perubahan sedangkan kita pegang kepada cara lama.

SEBAB orang lain bersifat pemurah sedangkan kita kedekut.

SEBAB orang lain bangkit belajar dari kesilapan dan kegagalan sedangkan kita tidak.

SEBAB orang lain menjadi hamba Allah sedangkan kita menjadi hamba dunia dan segala isinya.

SEBAB orang lain percaya kepada kebolehan diri sendiri sedangkan kita tidak.

SEBAB orang lain merasakan tip ini bermanfaat sedangkan kita mengatakan yang ini semua POYO!!! 

Dan pelbagai sebab lagi...

Kalau orang lain boleh kenapa kita TAK BOLEH???

Pesanan khidmat masyarakat ini ditulis oleh FY.

Layari
www.motivasiku.blogspot.my
untuk mendapatkan artikel-artikel motivasi FY yang lain.

Berminat untuk membeli buku tulisan FY?

Carilah buku berjudul ;
Anda Yang Baru 
Berubah Sebelum Rebah 
di kedai buku berdekatan atau secara online.

Jangan lupa like dan share kasi viral sekiranya anda mendapat manfaat dari tip inspirasi FY ini.

No comments:

Post a Comment

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...