Wednesday, April 18, 2018

REZEKI DARI ALLAH...

Image result for happiness

TIP INSPIRASI FY

PERIHAL REZEKI

Kita sering terbaca tentang bab bagaimana untuk mendapat duit yang banyak dan melimpah ruah dan menjadi kaya.

Namun kalau anda betul-betul perhatikan penceritaannya kebanyakannya berASASkan prinsip pegangan ugama Islam dalam tajuk rezeki.

Seperti yang FY sering katakan seorang Melayu dalam negara ini kurang lebih punya 3 pengisian utama iaitu;

Melayu
Barat dan 
Islam.

Baiklah mari lihat pecahkan.

Kata orang melayu rezeki secupak takkan jadi segantang.
Hidup kais pagi makan pagi.
Dah nasib badan...

Kata-kata ini hakikatnya bersifat negatif dan menarik kita ke belakang yang boleh menyebabkan kita berputus asa.

Kata Mat Saleh pula,
Let the Success makes the noise.
Make it happen.
Retire Rich Retire Young!
Think Big! Aim High!

Lantas mereka memperkenalkan pelbagai strategi dan instrumen pelaburan dengan tujuan meningkatkan perolehan kewangan dalam kadar yang paling cepat.

Kita orang melayu hanya mengikut apa juga yang mereka cipta kerana tamadun kita masih muda dan mentah untuk mencipta apa-apapun. Saham, saham amanah, forex, derivatif, crytocurrency dan sebagainya.

Prinsip mat saleh ini nampaknya lebih positif dalam aspek kewangan.

Pengisian Islam pula.
Buka pintu rezeki dengan berbuat baik kepada orang tua, bersedekah, bersifat pemurah, solat dhuha dan sebagainya.

Definasi rezeki pula berada dalam konteks yang lebih meluas. Anak, masa lapang, ketenangan, dapat parking, dapat makan dsbnya semua tergolong dalam rezeki.

Juga tiada cerita tentang penciptaan instrumen kewangan tapi menjalankan perniagaan yang syariah dititikberatkan.

Seperkara lagi kepercayaan yang rezeki datang dari Allah tak kiralah apa juga pekerjaan yang kita lakukan namun tertakluk kepada hukum hakamNya.

Kemudian oleh sebab kita masyarakat majmuk sedikit sebanyak budaya Cina memasuki dan terbentuk dalam diri seorang melayu tanpa kita sedari.

JADI terdapat konflik yang ketara dalam diri orang melayu dalam isu ini.

Maka terdapatlah melayu yang sanggup makan rasuah, meminta, mengambil, menipu dan mencuri untuk kaya.

Maka terdapatlah melayu yang kedekut dan begitu berkira untuk kaya.

Maka terdapatlah melayu yang merasakan dengan usaha tulang empat kerat merekalah yang menyebabkan mereka menjadi kaya, mendapat anak, makan dan parking kereta.

Maka terdapatlah melayu yang takut diberhentikan kerja kerana takut hilang punca pendapatan.

Maka terdapatlah melayu yang kecewa bila kontrak, bonus dan lain-lain tak dapat.

Maka terdapatlah melayu yang terpaksa menijlat punggung orang tertentu kerana merasakan orang itu yang memberikan mereka rezeki. 

Oleh sebab lemahnya kefahaman kewangan di kalangan orang melayu maka mudahlah dia terpengaruh dengan perjudian, skim cepat kaya dan sebagainya yang menjanjikan pulangan keuntungan yang tinggi.

Bagaimana pula pegangan seorang melayu mukmin?

Tenang sahaja kerana yakin semuanya dari Allah banyak atau sikit, apa yang penting rezeki itu diredhai dan diberkati.

Apa yang penting untuk berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana yakin dan percaya ;

Datangnya rezeki dari tempat yang tak dijangka bila kita BERTAKWA.
Allah akan mencukupkan andai kita BERTAWAKKAL bulat-bulat kepadaNya.
Allah akan beri lebih kepada mereka yang BERSYUKUR.

Kalau kita lihat perihal doa dan tawakkal tiada dalam mana-mana ideologi sekalipun.

Itu belum masuk dalam bab pengendalian duit yang masuk itu.

Kaya membawa kepada pembaziran, jadi kaki botol, kaki judi, kaki perempuan dan sebagainya.

Sebagai mukmin pula ia tetap berasaskan hukum hakam. Zakat, Haji, sedekah, derma, infaq dan sebagainya demi kemakmuran alam kerana Allah Taala...

Itu sahaja buat kali ini...

Pesanan khidmat masyarakat ini ditulis oleh FY.

Layari
www.motivasiku.blogspot.my
untuk mendapatkan artikel-artikel motivasi FY yang lain.

Jangan lupa like dan share kasi viral!

No comments:

Post a Comment

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...