Tuesday, November 13, 2018

TELADAN DARI BERNAFAS

Image result for breathing

IKTIBAR DARI BERNAFAS

Dalam iktibar ini cuba anda menarik nafas dalam-dalam. Tahan beberapa saat dan kemudian lepaskannya. Cuba ulanginya beberapa kali.

Soalannya ialah diantara tiga perbuatan ini iaitu menarik nafas, menahan nafas dan melepaskan nafas, yang manakah yang paling baik dan melegakan?

Saya pasti melepaskan nafas akan lebih melegakan kalau di bandingkan dengan menarik mahupun menahan nafas. Dari sini dari segi fitrahnya apakah iktibar yang boleh kita dapatinya darinya.

Iktibarnya ialah memberi atau melepaskan itu adalah lebih membawa kelegaan kalau dibandingkan dengan menerima, mengambil, mencuri dan menyimpan.

Acapkali kita suka mengambil dan begitu suka untuk menerima hadiah dari orang lain walhal dalam Islam memberi itu adalah lebih baik dari menerima. Tangan yang di atas adalah lebih mulia dari tangan yang di bawah. Ada juga yang suka menyimpan duit dan harta dan begitu gembira untuk melihat hartanya itu bertokok tambah dan begitu bangga bila melihat begitu banyak angka kosong dalam dalam akaun simpanan banknya. Dalam hal ini sebenarnya sebaiknya harta ini diletakkan di tangan dan bukan di hati. Andai ia diletakkan di hati maka ia akan menjadi begitu ketat untuk dilepaskan dan sebaliknya andai ia dletakkan  di tangan maka ia begitu mudah untuk dibelanjakan. Bersedekah kerana Allah Taala adalah satu ibadah dan Allah Taala menjanjikan pulangan yang berlipat kali ganda.

Jadi dalam hal ini ada yang merasakan antara dua sifat pilihan iaitu antara kedekut dan pemurah maka mereka memilih kedekut kerana secara logiknya bersifat kedekut akan membolehkan kita mengumpul harta yang banyak.

Namun hakikatnya itu tidak benar, kalaupun ia logik dari pandangan manusia namun dari segi fitrah tiada siapa yang suka yang suka kepada orang yang kedekut. Malah kalau saya tanya anda samaada anda suka kepada orang yang kedekut atau yang pemurah maka saya cukup yakin anda akan menjawab anda suka kepada orang yang pemurah, kenapa begitu? Kerana inilah pilihan fitrah mana-mana manusia sekalipun. Jadi janganlah jadi orang yang kedekut. Buang sifat kedekut itu dan gantikan dengan sifat pemurah, sifat memberi sepertimana iktibar yang kita dapat dari topik bernafas ini.

https://motivasiku.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...