Dalam kehidupan dengan masa yang ada maka kalau kita tak
berbuat apa-apa maka tiada apalah yang akan dapat kita capai dalam kehidupan.
Kita merupakan seorang yang pemalas. Sama sahaja seperti orang lain. Bangun
tidur lewat, lepak, termenung, kembali baring-baring tak buat apa-apa. Tanpa objektif
yang tentu lagi jitu. Lebih mudah dan senang untuk menjadi seorang yang pemalas
yang tak buat apa-apa kalau dibandingkan dengan seorang yang rajin.
·
Berehat dan
bersantai itu lebih mudah dan menyeronokkan daripada bekerja dan berusaha.
·
Tidur itu lebih
seronok dari bangun dan menjalankan produktiviti.
·
Menonton
televisyen, bermain video game lebih seronok daripada membaca buku.
·
Menonton
filem lawak lagi seronok daripada menonton filem yang mengajak penont0nnya
berfikir.
Dalam hidup ini kita hidup hanya sekali dengan MASA
kehidupan yang begitu terhad dan kita boleh pilih samaada untuk menjadi orang
biasa atau menjadi seorang individu yang LUAR BIASA?
Orang biasa-biasa jumlahnya ramai sedangkan orang luar
biasa dan berjaya jumlahnya sedikit.
Menjadi orang biasa itu mudah. Kita ikut sahaja apa yang
orang biasa lakukan. Pergi kerja balik kerja, makan, tidur, melepak dan
berhibur. Menjadi orang luar biasa itu berbeza kita kena mengambil inisiatif
untuk mencipta, memulakan perniagaan, memulakan projek dan sebagainya serta
melaksanakannya sehingga ia menjadi satu kenyataan, dalam ertikata lain “make
things happen”. Mereka tidak membuang masa, mereka punya misi dan visi, mereka
menyumbang, mereka tak buang masa sia-sia dan sebagainya. Semua ini anda tahu
dan anda pernah temui pengisiannya di merata tempat.
Andai anda seorang pelajar kisahnya juga sama. Malas
belajar anda akan jadi pelajar biasa-biasa, rajin belajar, mengulangkaji, buat
latih tubi, pergi tuisyen dan sebagainya anda bakal jadi pelajar luar biasa dan
bakal mendapat keputusan yang cemerlang. Mudah je nak jadi biasa. Nak jadi luarbiasa
yang payah. Kena usaha dengan gigih dan buat benda yang orang lain tak buat.
Kena solat, kena doa, kena hormati guru, ibubapa dan sebagainya.
Berikut ini ialah antara ciri-ciri orang yang berjaya ;
·
Mereka meletakkan matlamat untuk dicapai. Mereka
meletakkan sasaran dan matlamat yang jelas. Mereka punya visi dan misi
bagaimana untuk mencapai sasaran tersebut, mereka tahu apa kelengkapan yang
diperlukan dan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk tujuan itu. Kalau kita
tidak meletakkan matlamat dalam hidup maka kemungkinan besar kita akan sesat
tanpa arah tuju yang jitu.
·
Mereka bertanggungjawab atas diri mereka sendiri. Mereka
bertanggungjawab atas kejayaan dan kegagalan diri mereka sendiri. Dalam hal ini
mereka tak seperti orang biasa yang merasa diri mereka sebagai mangsa keadaan
malah menyalahkan orang lain, lebih teruk lagi mereka menyalahkan Allah Taala
atas kegagalan diri sendiri. Bagi orang luar biasa pula tatkala bertemu
halangan mereka mencari jalan untuk mengatasinya.
·
Mereka punya disiplin diri. Mereka
memilih apa yang baik untuk diri mereka. Di depan komputer atau handphone kita
boleh memilih untuk menonton pelbagai perkara di youtube perkara yang tak bermakna
tetapi orang luar biasa akan memilih sesuatu yang boleh membawa makna kepada
mereka. Mereka punya disiplin dan istiqomah dalam menjalankan apa yang mereka
kerjakan sehingga ia siap dengan jayanya.
·
Mereka sentiasa mahu memperbaiki diri.
Mereka punya
sikap yang terbuka umpama sebuah perigi yang tak pernah penuh airnya walau
diisi sebanyak mana sekalipun. Mereka belajar dari sesiapa sahaja, buku,
mentor, online dan sebagainya. Mereka percaya dengan prinsip “the more they
learn, the more they earn” yang membawa makna lagi banyak mereka pelajari lagi
banyaklah rezeki yang akan datang kepada mereka.
·
Mereka rajin membaca.
Mereka
percaya yang membaca adalah jambatan ilmu. Mereka tak boleh duduk diam dan
membaca telah menjadi tabiat mereka. Merela perlukan makanan akal setiap hari
sepertimana jasad perlukan makanan ruji. Kalau tak membaca akal fikiran mereka
akan menjadi lapar. Lapar ilmu pengetahuan.
·
Mereka menguruskan masa dengan baik.
Aspek ini
sebenarnya tak perlu disentuh kerana ramai yang telah tahu mengenainya namun
gagal dalam bab perlaksanaan. Mereka yang berjaya pula tahu membahagikan masa
yang mana yang utama dan urgent dan yang mana tak urgent dan tak perlu
diberikan keutamaan.
·
Mereka mengambil risiko. Orang yang
gagal selalunya mengalah sebelum berjuang. Mereka tak berani mengambil risiko
sedangkan orang yang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko walaupun
peratus kebarangkalian untuk berjaya adalah begitu kecil.
·
Mereka tidak berputus asa. Walaupun
mereka melalui pelbagai kesusahan dan kegagalan namun mereka tak akan mengalah.
Walau jatuh berapa kali sekalipun mereka takkan mengalah malah mereka akan
terus-terusan bangkit lalu meneruskan perjuangan. Muhammad Ali peninju paling
hebat alaf ini memenuhi ciri-ciri ini.
·
Mereka mencari jalan untuk menang. Walau
apapun rintangan dan halangan yang mendatang mereka mendaki, mengalahkan,
berusaha, memecahkan, melawan dan meneruskan perjuangan. Mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh menggunakan segala ruang, peluang dan sumber untuk berjaya.
·
Mereka buat perkara yang mereka minat. Kalau kita
berjaya dalam apa juga kerjaya namun andai kita membenci pekerjaan kita itu dan
kita hanya melakukannya demi wang, adakah itu satu kejayaan yang total?
Pastinya tidak. Kejayaan adalah melakukan sesuatu yang kita minat, ia
menjadikan kita sentiasa bersemangat untuk melakukannya dan lebih baik lagi ia
membawa keuntungan kewangan kepada kita. Itulah kejayaan bagi manusia yang luar
biasa.
Sekian, Terima kasih.
Ikhlas,
Haji Faizal Yusup
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment