"Semoga
anda "hidup" setiap hari sepanjang kehidupan".
Jonathan
Swift
" Masa
yang paling penting dalam kehidupan ialah sekarang "
Ahsan
Selama kita hidup di dunia Allah taala mengurniakan kita
semua dengan masa secara percuma. Kita mendapat kurniaan masa pada kadar yang
sama iaitu dari detik, saat, minit, jam dan seterusnya. Tak ada siapa yang
mendapat lebih daripada 24 jam dalam sehari atau 400 hari dalam setahun. Yang
mungkin membezakannya ialah panjang pendeknya umur kita. Walaubagaimanapun cara
sekalipun kita tidak dapat menghalang masa daripada berlalu pergi. Oleh kerana itu,
kita mesti menggunakan setiap detik yang ada dengan sebaiknya.
Bab ini akan menghuraikan tentang kurniaan masa yang kita
semua tahu terbahagi kepada dua :
- Masa
Tidur
- Masa
Sedar
“ Orang yang banyak
tidur melihat dunia buat masa yang singkat “
Saya sering bertanya kepada kawan-kawan berapa jamkah
tidur yang diperlukan setiap hari. Jawapan kebanyakan mereka - lebih kurang 8
jam.
“Siapakah
yang mengatakan begitu “? Tanya saya lagi.
“Saintis Barat”.
Jawabnya.
Inilah telah
menjadi kepercayaan kita semenjak kecil lagi. Kita berkata tidur selama 8 jam
dapat menyihatkan badan namun begitu kita takkan jumpa walau sebuah hadispun
yang mengatakan yang kita perlu tidur sebanyak itu. Kajian-kajian ini semuanya
dilakukan oleh Saintis bukan Islam terhadap sampel bukan Islam. Benar mereka
juga manusia tetapi cara kehidupan mereka jauh berbeza. Jelas menunjukkan yang
kajian saintis barat itu sebenarnya hanyalah memberikan pendapat mereka
semata-mata.
Pun begitu,
dicelah-celah kajian kemanusiaan mereka ini mereka mengakui yang hanya dalam
Islam iaitu dengan bersujud darah mengalir ke otak yang mana baik untuk
kecerdasan. Ini tidak berlaku semasa kita melakukan aktiviti yang lainnya
kerana tarikan graviti hanya akan menarik darah dalam badan kita turun ke kaki.
Disamping itu juga dalam sejarah Islam kita ketahui
sahabat-sahabat Nabi pula terkenal sebagai penunggang kuda yang handal di siang
hari dan di malam hari pula merupakan ahli ibadat yang hebat. Adakah mereka
tidur sebanyak kita? Sebenarnya dalam Islam tidur yang terbaik ialah tidur Nabi
Daud AS yang hanya tidur selama 4 jam setiap malam.
Mari kita perhatikan dialog berikut :
Ramli : "
Abu, kenapa kau tidur ni? Kau tak cukup tidur ke
semalam ?"
( Ramli
bertanyakan soalan ini kerana dia percaya yang tidur secukupnya ialah 8 jam)
Ramli : "
Ha'ah, aku tak cukup tidur la.."
(Abu menjawab demikian atas
alasan yang sama).
Ramli : "
Kau tidur pukul berapa semalam?
Abu : "
Pukul 3 pagi "
Ramli : "
Bangun? "
Abu : "
Pukul 7 pagi"
Kepercayaan yang kita perlu tidur selama 7 atau 8 jam
sehari menyebabkan kita berkata demikian. Apabila mulut kita berkata yang kita
tak cukup tidur maka secara automatik telinga kita mendengar dan otak kita
memproses. Bak kata orang putih Mind over
matters. Sejurus kemudian segala anggota kita menyetujuinya termasuklah
mata. Ini yang menyebabkan kita terasa mengantuk dengan itu cuba menggantikan
tidur yang dikatakan kurang tadi di siang hari. Sebenarnya apa yang kita perlu
lakukan ialah dengan berkata :
" Aku
telah mendapat rehat malam tadi dan sekarang masa untuk aku meneruskan
prodaktiviti ".
Bila anda percaya yang anda telah mendapat rehat yang
secukupnya walau hanya beberapa jam maka seluruh anggota badan anda akan
kembali cergas seperti sediakala. ALAH BISA TEGAL BIASA.
Kadang-kadang bila kita terasa begitu letih dan terlena
selama 10 minit. Yang peliknya bila kita bangan kita terasa seakan telah tidur
selama 8 jam. Langsung kita tak kata kita tidak cukup tidur. Ada juga yang
belum mengantuk tetapi kita masuk tidur atas kepercayaan yang sama. Perkataan
tidak cukup tidur wujud kerana kepercayaan kita tadi.
Tidur adalah tabiat yang sangat seronok. Ramai remaja di
luar sana yang begitu sayang dengan katil dan bantal peluknya jadi bila hari cuti
mereka akan tidur sehingga matahari tegak di atas kepala malah lebih teruk lagi
sehingga petang. Saya rasa ramai ibubapa di luar sana yang bersetuju dengan
kenyataan ini.
Ada juga diantara kita yang menghabiskan masa di hujung
minggu dengan tidur selepas makan tengahari. Kebiasaan kita tidur pada masa ini
menyebabkan jam biologi kita akan bertindak memberitahu kita yang kita perlu
tidur pada masa-masa ini. Untuk berubah kita perlu mengalahkan jam biologi kita
sendiri. Namun begitu tidur sekejap sebelum waktu Zohor memang sunnah Nabi SAW
tapi kalau tidur lepas makan tengahari sampai waktu Asar dah banyak lebih tu.
Sebenarnya kita kehilangan sesuatu. Dalam tidur kita tak
boleh buat apa-apapun. Paling kuatpun kita mendapat mimpi yang indah. Kos
melepasnya ialah kita tidak dapat melakukan sesuatu yang berbentuk daya
pengeluaran untuk menambah nilai diri kita. Sebenarnya bagi yang tidur secara
purata 8 jam sehari dan kalau beliau hidup mencapai umur 60 tahun maka 1/3 atau
20 tahun daripada masa kehidupan kita akan dihabiskan untuk tidur.
Bagi yang tidur secara purata 6 jam pula mereka akan
menghabiskan masa hanya 15 tahun daripada masa hidupnya untuk tidur. Maka dia
akan beruntung sebanyak 5 tahun masa sedar untuk produktiviti.
Kes contoh :
Seorang yang tidur 8 jam sehari - bangun pukul 6:00 pagi
dan masuk tidur pukul 10:00 malam akan hanya menggunakan masa sedarnya sebanyak
16 jam sehari sedangkan seorang yang bangun pada masa yang sama tetapi masuk
tidur jam 12 malam dengan tidur hanya sebanyak 6 jam akan menggunakan masa
sedarnya sebanyak 18 jam sehari. Dalam masa 2 jam banyak yang dapat kita
lakukan dari apa jua aspek. Kalau kita memandu kereta dari Kuala Lumpur dalam
masa 2 jam tersebut kita akan sampai ke Melaka.
Perbezaan 2 jam itu mungkin tak bermakna apa-apa. Tapi
persoalannya berapa jauhkah seseorang itu dapat bergerak dalam masa 2 jam?
Sekiranya masa 2 jam itu digantikan dengan 2 ilmu maka :
Dalam 10
hari : 10 hari X 2 ilmu = 20
ilmu
Dalam
setahun : 365 hari X 2 ilmu sehari
= 730 ilmu
Dalam 10
tahun : 365 hari X 2 ilmu sehari X
10 tahun = 7300 ilmu.
Itulah
bezanya, tetapi kalau difikirkan takkan dalam 2 jam kita hanya boleh mendapat 2
ilmu sahaja ?
Sebab itulah kadang-kadang kita dapat lihat seseorang yang
walaupun muda tetapi mempunyai kematangan dan timbangtara yang jauh lebih baik.
Kalau difikirkan, tidur adalah sesuatu yang pelik; katalah
kita tidur prabayar selama 16 jam dengan harapan untuk berjaga semalaman
esoknya namun kita akan mendapati kita tetap akan mengantuk malam esoknya.
Tidur hanya boleh diganti namun ia tidak boleh dibayar dahulu. Bayangkan kita
tidak tidur selama 2 malam berturut-turut dan kalau kita dapat menggantikannya
dengan tidur selama 8 jam keesokan harinya kita akan kembali normal seperti
sediakala.
Mungkin
ada yang berkata tidur yang cukup dapat memanjangkan umur tetapi belum ada
kajian sahih yang dapat membuktikannya lagipun bukankah panjang atau pendeknya
umur seseorang itu terletak di tangan Tuhan ?
“Tiada siapa
yang dapat membeli kembali masa yang telah lepas”.
Oscar Wilde
Mengetahui ilmu ini, setiap kali bila saya tidur awal dan
terlewat bangun selama 2 jam saya rasa kecewa memikirkan produktiviti yang
boleh saya lakukan sekiranya saya bangun lebih awal. Saya menjadi irihati
kerana orang lain telah dapat melakukan banyak perkara semasa saya sedang
tidur. Orang lain sudah ke pasar, makan pagi, memulakan perniagaan, mula
mengulangkaji pelajaran dan sebagainya sedangkan saya masih dalam selimut. Yang
sedihnya masa yang telah berlalu itu tidak mungkin akan datang kembali.
KESIMPULANNYA
: Tidur adalah satu kaedah rehat yang penting. Oleh itu
tidurlah hanya bila kita benar-benar memerlukan.
Nukilan,
FY Al
Haj
0166667430
Sekiranya
anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share
post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan
dengannya.
No comments:
Post a Comment