Saturday, January 12, 2019

MOTIVASI REMAJA - KEUTAMAAN MASA



Sekarang kita masuk dalam bab keutamaan masa pula. Mana yang lebih utama untuk kita lakukan pada satu-satu masa. Dalam hal ini jom baca kisah seterusnya ini.

Kisah Pendekar Mastur

Pada satu petang, salah seorang anak buah Pendekar Mastur telah pulang dari sebuah pertarungan lalu tumpas. Dia merangkak sambil meminta pertolongan. Beliau telah dikelar di lengan dan peha, ditikam di perut, paru-paru dan dada. Darah kelihatan mengalir dari seluruh tubuhnya. Pemuda yang berpakaian serba hitam itu mengerang kesakitan seraya sekali sekala berdengus mencari nafas. Akhirnya dia pengsan sejurus sampai ke pintu perguruan tersebut.

Pendekar Mastur terus mendapatkannya. Merapatkan telinganya ke dada mangsa. Terdapat pendarahan di bahagian, perut, lengan, dada dan peha, masalah penafasan serta degupan jantungnya yang semakin lemah. Mulanya dia menolong anak buahnya itu dengan membantunya bernafas, kemudian menekan-nekan bahagian dadanya. Dia melakukannya berkali-kali sehinggalah pemuda itu sedar kembali. Kemudian Pendekar Mastur menyuruh Hang Lekir menekan tempat yang luka serta membalutnya.

Setelah keadaan tenteram mangsa dibawa masuk ke dalam salah satu pondok dalam kawasan perguruan tersebut. Pendekar Mastur kemudian menyuruh anak buahnya menyediakan beberapa barang keperluan seperti herba, daun-daunan dan akar kayu untuk dijadikan ubat. Ubat yang disediakan itu ada yang untuk dimakan dan ada juga yang ditempekkan di tempat yang luka.

Setelah beberapa hari pemuda itu semakin pulih dan sudah mula dibawa bersiar-siar selepas subuh mengambil udara pagi.

Tuk Pendekar dan Hang Lekir sedang duduk bersarapan sambil memerhatikan pemuda itu dari serambi rumah pagi itu.

“ Tahukah kamu akan apakah turutan yang perlu dilakukan bagi menyelamatkannya? ” Tak semena-mena Pendekar Mastur bersuara.

Belum sempat Hang Lekir menjawab, Pendekar Mastur menyambung bicaranya.

“ Dalam hal ini kita mesti menyelesaikan masalah pernafasannya dahulu kerana jika tidak dia mungkin akan mati dalam masa 3 minit, keduanya masalah jantung yang membolehkan dia hidup 30 minit lagi dan begitulah turutan yang seterusnya. Luka yang ada bukanlah sesuatu yang perlu diberi keutamaan pada waktu itu. ”

“ Kadangkala disebabkan kita nampak darah yang keluar begitu banyak menyebabkan kita ingin menyelesaikan masalah itu dahulu kerana ia kelihatan seperti satu masalah yang besar tetapi hakikatnya kecederaan itu adalah kecederaan yang paling kecil. Kalau saya mengutamakan luka yang ada padanya saya yakin dia sudah tiada lagi di dunia ini. ” Tambah Pendekar yang bijaksana itu.

Dalam kisah itu kita dapat simpulkan akan kepentingan memberi keutamaan kepada kecederaan, yang mana mesti didahulukan dan yang mana dikemudiankan bagi menyelamatkan nyawa. Begitu juga dengan masa ia ada keutamaan dan kepentingannya yang perlu kita fahami.

Jadi dalam turutan keutamaan masa kita boleh mengikut saranan yang berikut ini iaitu ;

·        Buat yang urgent dan penting
Dalam hal ini perkara seperti rumah terbakar atau banjir, panggilan kecemasan, membawa ahli keluarga yang sakit ke hospital, menyiapkan assignment dan sebagainya termasuk dalam kategori ini. Masa mesti diperuntukkan untuk menyelesaikan semua perkara ini.

·        Buat yang urgent tapi tak penting
Keluar membeli barang dapur untuk keperluan rumah yang dah habis, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjawab emel, whatsApp dan panggillan telefon dari orang yang tak penting adalah perkara yang perlu dilakukan saban hari termasuk dalam kategori ini.

·        Buat yang tak urgent tapi penting
Bersenam, bersiar-siar, merapatkan silaturrahim, mengajar anak-anak membaca dan menulis, menulis buku dan sebagainya termasuk dalam kategori ini. Ia penting tapi ia tak urgent dan boleh dilakukan bila ada masa terluang setelah kerja-kerja yang lebih penting dan lebih urgent telah dijalankan.

·        Buat yang tak urgent tapi tak penting
Ini adalah pekerjaan yang seeloknya dielakkan. Ia hanya membuang masa. Menonton TV, Youtube, bermain hand phone, FB, Instagram, bermain games, termenung, melepak dan sebagainya.

Berikut ini saya sertakan sebuah carta kepentingan dan keutamaan masa ini.


URGENT
TAK URGENT

BERTINDAK
BUAT BILA PERLU
PENTING
Krisis, kebakaran, banjir dll
Kecemasan
Masalah kesihatan dan Isu keluarga
Mesyuarat Syarikat
Assignment dan Projek yang ada deadline
Panggilan telefon penting
Menjawab WhatsApp
Menjawab Email Penting
Bersenam
Melancong
Merapatkan Silaturrahim
Pencegahan
Merancang
Menulis buku

AGIHKAN
ELAKKAN
TAK PENTING
Perhubungan
Panggilan telefon dan email tak penting
Beli Barang Dapur
Kemas Rumah
Mendobi
Melepak
Buang Masa
Main Game
Main HP
Tengok TV
Termenung

Seterusnya dalam Islam, keutamaan ini pula boleh dikategorikan seperti berikut ini ;

·        Pekerjaan yang Wajib
Solat 5 waktu, mengerjakan haji, bekerja mencari rezeki yang halal merupakan satu ibadah yang bakal membawa ganjaran pahala bila ia dilakukan.
·        Pekerjaan yang Sunat
Solat Sunat, mengerjakan umrah, bersilaturrahim, bersedekah, menderma, menyumbang tenaga, membantu kedua ibubapa dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, membaca Al Quran, mencari ilmu, memelihara kebersihan persekitaran, memelihara kesihatan tubuh badan dan sebagainya.
·        Pekerjaan yang Harus
Makan, minum, tidur, berehat, bersantai, melancong, menulis buku, melukis dan sebagainya.
·        Pekerjaan yang Makruh
Menghisap rokok, main game, tengok TV, Main HP, Sosial Media, mendengar dan bermain muzik, ketawa dan tidur yang berlebihan dalam jangkamasa yang lama akan membawa kepada kategori makruh dan silap-silap haram dan boleh membawa dosa.
·        Pekerjaan yang Haram
Berjudi, minum arak, hubungan seks luar nikah, pergaulan bebas, menonton pornografi, membuli, menghisap dadah dan sebagainya ini hanya boleh membawa dosa dan akhirnya membawa kita ke Neraka Jahannam. 

Ketahuilah sebagai seorang yang beragama Islam, Allah SUKA kepada hambaNya yang melakukan kerja-kerja yang wajib dan sunat dan BENCI kepada mereka yang melakukan kerja-kerja yang makruh dan haram. Elakkanlah dari dari mengundang kebencian Allah kerana andai Allah Taala marah pada kita maka ia akan membawa kepada kesusahan nanti.

Jadi kesimpulannya pastikan apakah kerja-kerja dan perbuatan yang kita lakukan itu bukan hanya baik buat diri kita tapi kita juga kena pastikan samaada ia tergolong dalam amalan ibadah yang boleh membawa kepada ganjaran pahala atau membawa kepada keredaan Allah Taala. Ini kerana tabiat yang baik boleh membawa kepada kebaikan tubuh badan dan mental dan ibadah pula boleh membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan. Sebagai manusia keseimbangan inilah yang kita dambakan bagi meneruskan kehidupan dengan penuh kesejahteraan dan keharmonian.

Nukilan,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

No comments:

Post a Comment

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...