Wednesday, January 16, 2019

MOTIVASI REMAJA - SIFAT DAN SIKAP, BAIK DAN BURUK


MOTIVASI PERCUMA - SIFAT DAN SIKAP, BAIK DAN BURUK

Sejak kita dilahirkan Allah Taala telah menjadi kita secara fitrahnya MEMANG mempunyai sifat dan sikap yang BAIK. Apakah buktinya?

Buktinya mudah sahaja. Cuba analisis keadaan dan situasi di bawah ini. Dalam hati cuba tanya manakah yang anda suka dan manakah yang anda tak suka.

-         Seorang anak yang mencederakan bapanya
-         Seorang ibu yang memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang
-         Seorang ibu yang mengugurkan bayinya
-         Seorang kanak-kanak yang didera
-         Seorang murid yang menghormati gurunya
-         Seorang gadis yang dirogol
-         Seorang budak membantu orang buta melintas jalanraya
-         Seorang  lelaki dipukul beramai-ramai hingga mati
-         Beberapa orang lelaki membantu menolak kereta yang rosak
-         Seorang remaja yang menghidu gam
-         Seorang pelajar cemerlang
-         Perkauman
-         Keharmonian antara kaum
-         Peperangan
-         Keamanan
-         Bersantai di tepi pantai
-         Kebuluran
-         Kemiskinan
-         Kesenangan
-         Pemandangan yang indah

Image result for BANTU ORANG BUTA

Bila kita letakkan senario ini dalam dua kategori bukankah ini yang akan berlaku;

SUKA
-         Seorang ibu yang memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang
-         Seorang murid yang menghormati gurunya
-         Seorang budak membantu orang buta melintas jalanraya
-         Keamanan
-         Bersantai di tepi pantai
-         Keharmonian antara kaum
-         Beberapa orang lelaki membantu menolak kereta yang rosak
-         Kesenangan
-         Pemandangan yang indah
-         Seorang pelajar cemerlang
TAK SUKA
-         Perkauman
-         Peperangan
-         Seorang kanak-kanak yang didera
-         Seorang ibu yang mengugurkan bayinya
-         Seorang anak yang mencederakan bapanya
-         Seorang gadis yang dirogol
-         Seorang remaja yang menghidu gam
-         Seorang  lelaki dipukul beramai-ramai hingga mati
-         Kebuluran
-         Kemiskinan

Kenapa begitu? Bagaimana begitu pemilihan kita? Bukankah pemilihan itu berlaku secara automatik. Itu jelas menunjukkan yang fitrah manusia secara automatik memilih yang baik! Kanak-kanak kecil contohnya tak punya perbezaan ideologi, ugama dan sifat perkauman. Mereka boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, lelaki perempuan, Melayu Cina mahupun India. Semasa anak-anak kita masih kecil kalau kita suruh mereka buat itu ini, mereka patuh dan mengikut sahaja tapi bila mereka membesar lain pula jadinya.

Persoalannya kalau memang secara fitrah kita merupakan makhluk yang baik, kenapa pula bila kita membesar menjadi dewasa kita punya sikap, sifat. Tabiat dan amalan kehidupan yang buruk? Dari mana datangnya? Pasti ia datang melalui satu proses yang terbentuk dalam satu fasa tertentu dalam kehidupan, akhirnya kita yang sepatutnya rajin menjadi pemalas, sepatutnya pemurah menjadi kedekut, sepatutnya baik menjadi jahat!

Image result for MABUK

Manusia yang mengisi dirinya dengan sikap dan sifat yang buruk lalu menyebabkan dirinya terpesong atau tersesat dari landasan yang benar iaitu landasan fitrah yang diredhai Allah Taala. Sifat yang positif bertukar menjadi sifat yang negatif.

Sifat dan sikap yang positif
Sifat dan sikap yang negatif
Sabar
Pemarah
Pemurah
Kedekut
Berprasangka baik
Syak wasangka buruk
Rajin
Malas
Menghormati
Derhaka

Sikap dan sifat yang buruk ini pula akan keluar dalam bentuk amalan atau tabiat yang buruk dan tercela. Sebaliknya sifat yang baik akan membawa kepada akhlak yang yang baik. Secara kasarnya amalan buruk ini dinamakan maksiat sedangkan yang baik itu dinamakan ibadah.

Amalan Baik
Amalan Buruk
Bersilaturahim
Bermusuhan
Ibadah ugama
Amalan maksiat
Ingat mengingati
Fitnah dan mengadu domba
Saling membantu
Pentingkan diri sendiri

Seterusnya dari sudut Islam ia akan membawa kepada perbezaan samaada orang itu orang dunia yang menurut nafsu mahupun orang yang beriman yang menurut perintah Allah.

Orang Duniawi
Orang Beriman
Dimurkai Allah
Dicintai Allah
Dibenci manusia
Disayangi manusia
Dipinggirkan keluarga
Dikasihi keluarga
Menghadapi pelbagai masalah
Dipermudahkan urusan
Doa yang tidak dimakbulkan
Dimakbulkan doa

Image result for SOLAT

Dan ia akan menentukan matlamat akhir di akhirat nanti samaada kita akan menjadi penghuni Syurga Firdaus yang hidup dalam keadaan yang sejahtera buat selama-lamanya atau penghuni Neraka Jahannam yang menjulang-julang apinya.

Orang Duniawi
Orang Beriman
NERAKA
SYURGA

Jadi mana satukah yang akan kita pilih, adakah kita akan memilih untuk mengikut fitrah dalam diri kita? Mengikut perintah Allah serta meninggalkan laranganNya. Adakah kita akan mengikut akal untuk mengalahkan nafsu? Atau sebaliknya kita mengikut godaan syaitan serta menjadi hamba kepada nafsu serakah yang tak pernah puas itu? Pilihan di tangan kita sendiri, Tepuk dada tanya selera.

Bagi menyambung kajian mengenai sikap dan sifat ini, oleh kerana kehidupan di dunia ini pendek dan kita hidup hanya sekali sahaja maka kita boleh hidup biasa-biasa sahaja atau kita boleh memilih untuk hidup secara LUAR BIASA! Menjadi orang yang cemerlang dan terbilang.

Orang yang cemerlang dan terbilang lagi luar biasa pastinya akan mempunyai sifat, sikap, amalan serta tabiat yang luarbiasa juga!

Mari kita perhatikan carta di bawah ini pula ;

ORANG
GAGAL
ORANG
BIASA
ORANG LUARBIASA
Tiada matlamat
Ada matlamat
Punya matlamat yang  jelas
Pemalas
Rajin
Gigih
Mudah mengalah
Tak mudah mengalah
Tak kenal putus asa
Lembab
Ala kadar
Mencari kesempurnaan
Melepaskan peluang
Mengambil peluang
Mencipta peluang
Membuang masa
Seadanya
Menghargai masa
Negatif
Positif
Proaktif
Hangat-hangat tahi ayam
Berusaha
Usaha berterusan

Anda nampak perbezaan prinsip pegangan mereka?  Saya akan huraikan mengenainya lebih terperinci lagi dalam artikel yang seterusnya.

Jom bangkitlah dan terapkan nilai dan prinsip kehidupan yang luar biasa demi menggapai kecemerlangan di dunia dan InshaAllah di akhirat nanti!

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

No comments:

Post a Comment

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...