MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI
BAB PELABURAN MASA LAPANG DAN HIBURAN
Pelaburan masa lapang dan hiburan seorang insan yang berminda akhirat bukan bererti menolak rehat atau menafikan keperluan berseronok. Islam tidak melarang kerehatan. Namun demikian, minda akhirat meletakkan disiplin pada cara berehat. Masa lapang bukan ruang kosong tanpa nilai, sebaliknya peluang tersembunyi yang boleh menjadi pahala atau menjadi kelalaian.
Ramai orang rosak bukan ketika sibuk bekerja tetapi kerana tidak tahu mengurus masa senggang. Apabila tiada agenda, jiwa dengan mudah mencari hiburan tanpa batas. Mendengar muzik, bermain dengan gajet, menonton drama, bermain game online dan lain-lain lagi. Seorang insan yang berminda akhirat sedar bahawa masa lapang tetap akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Dia tidak membiarkan kekosongan itu diisi secara rawak tetapi memilih dengan sedar apa yang mahu dimasukkan ke dalam hidupnya.
Hiburan dalam kerangka minda akhirat mestilah tidak merosakkan iman, tidak melalaikan kewajipan dan tidak membuka pintu dosa. Dia boleh menonton, bersukan, berehat bersama keluarga atau menikmati alam tetapi semuanya dalam batas yang terkawal. Hiburan yang terhad menjadi alat untuk menyegarkan jiwa, bukan melalaikan hati daripada mengingati Allah SWT.
Pelaburan masa lapang juga boleh diisi dengan perkara yang ringan tetapi bermanfaat. Membaca buku yang membina fikiran, mendengar perkongsian ilmu, menulis refleksi diri atau berbual dengan pasangan tentang kehidupan dan cita-cita akhirat; semua ini boleh menjadi aktiviti santai yang tetap bernilai. Tidak semua masa lapang perlu diisi dengan aktiviti berat. Yang penting ialah kesedaran dalam memilih.
Seorang insan yang berminda akhirat memahami beza antara rehat yang memulihkan dengan hiburan yang melekakan. Rehat yang memulihkan memberi tenaga untuk kembali beramal dan bekerja. Hiburan yang melekakan pula menjadikan hati semakin berat untuk beribadah. Berjam-jam masa boleh dihabiskan untuk berkaraoke tetapi masa untuk membaca al-Quran atau ke masjid begitu pendek. Dia juga peka terhadap kesan selepas sesuatu hiburan; adakah ia menjadikan hatinya lebih ringan untuk beribadah atau lebih lalai?
Masa lapang juga boleh menjadi ruang muhasabah. Dalam kesunyian tanpa gangguan, dia menilai perjalanan hidupnya. Dia bertanya tentang hubungan dengan Allah SWT, tentang amanah yang belum ditunaikan dan tentang dosa yang perlu ditaubati. Dia mengingati kematian dan membuat persediaan mengenainya. Ruang kosong menjadi medan pembaikan jiwa, menggantikan solat-solat yang tertinggal di masa muda dan sebagainya. Bukan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Dalam dunia digital yang sentiasa menawarkan hiburan tanpa henti, disiplin ini semakin penting. Notifikasi, video pendek dan kandungan tanpa batas di media sosial mudah mencuri jam demi jam kehidupan. Seorang insan yang berminda akhirat tidak akan membiarkan perhatiannya dirampas tanpa kawalan. Dia yang akan menetapkan had, memilih kandungan dan berani berhenti apabila merasakan hatinya mula lalai dan masanya terbuang.
Perbezaan antara minda dunia dan minda akhirat jelas dalam mengurus masa lapang. Minda dunia melihat hiburan sebagai hak mutlak tanpa sempadan. Minda akhirat melihat hiburan sebagai keperluan yang perlu diurus dengan hikmah. Minda dunia mencari keseronokan maksimum. Minda akhirat mencari keseimbangan dan keberkatan.
Pelaburan masa lapang yang bermatlamat melahirkan jiwa yang segar tanpa kehilangan fokus akhirat. Dia tidak menjadi kaku dan tertekan tetapi juga tidak hanyut dan lalai. Seorang yang hidup dengan kesedaran ini sentiasa bertanya sebelum mengisi waktu senggangnya; adakah ini menyegarkan aku untuk taat atau menjauhkan aku daripada Allah SWT? Soalan itu menjadi penapis yang halus, agar setiap detik rehat tetap menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju akhirat yang kekal.
Ikhlas,
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya.
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.
Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment