Friday, March 6, 2026

Seni Mengumpul Saham Akhirat

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

BAB PENUTUP

PORTFOLIO SAHAM AKHIRAT YANG DIBAWA PULANG


Setiap perjalanan pasti berakhir. Setiap pelaburan akan dinilai untung atau ruginya. Cepat atau lambat, kita semua akan sampai ke titik yang sama; saat di mana dunia ditinggalkan dan segala yang diusahakan dibentangkan di hadapan Allah SWT. Pada ketika itu, yang dinilai bukan berapa lama kita hidup tetapi bagaimana kita menjalani kehidupan.

Sepanjang perkongsian ini, kita akan dapat melihat bahawa hidup bukan sekadar rangkaian hari demi hari yang berlalu. Ia adalah portfolio yang sentiasa bertambah atau berkurang nilainya. Masa, tenaga, mata, telinga, mulut, tangan, kaki, akal, hati, niat, doa, perhatian, hubungan, rezeki, ujian dan legasi; semuanya adalah aset. Tiada satupun yang neutral. Semua ini samaada akan menjadi saham akhirat atau liabiliti dosa.

Minda akhirat menjadikan seseorang itu lebih sedar dan lebih bermatlamat. Dia tidak membazir modal hidup kurniaan Allah SWT kepadanya itu untuk perkara yang merugikan. Dia tidak terlalu terikat dengan pulangan segera. Dia sanggup menunggu hasil yang tidak kelihatan hari ini, kerana yakin ada ganjaran yang lebih besar di akhirat nanti. Keyakinan melalui mata hati ini melahirkan disiplin, kesabaran dan ketenangan.

Namun demikian, kesedaran sahaja tidak mencukupi jika tidak diterjemahkan kepada tindakan. Ilmu yang tidak diamalkan akan menjadi hujah ke atas diri sendiri. Blog ini tidak bermakna jika ia sekadar dibaca tanpa perubahan. Perubahan tidak perlu drastik. Cukup bermula dengan satu pembetulan niat, satu amal wajib yang diperbaiki, satu dosa yang ditinggalkan dan satu amalan baik yang dikekalkan secara konsisten.

Setiap hari adalah peluang untuk menambah nilai portfolio saham akhirat buat diri kita. Jika semalam terlepas, hari ini masih ada ruang andai Allah SWT masih berikan kesempatan. Jika pernah tersasar, pintu taubat sentiasa terbuka. Allah SWT tidak menilai siapa yang paling sempurna tetapi siapa yang paling bersungguh-sungguh untuk kembali dan memperbaiki diri.

Akhirnya, persoalan terbesar bukan samaada kita pernah berjaya atau gagal tetapi samaada kita bersedia untuk bertemu Allah SWT. Apabila tiba saat itu, tiada lagi peluang untuk menambah atau mengurangkan. Portfolio ditutup. Akaun dimuktamadkan. Yang tinggal hanyalah hasil daripada segala pelaburan yang pernah dibuat.

Mudah-mudahan setiap halaman dalam blog ini menjadi asbab untuk kita menilai semula arah dan matlamat kehidupan dengan masa yang masih ada. Mudah-mudahan kita tidak lagi hidup secara kebetulan, secara sembrono tetapi secara sedar dan terancang. Mudah-mudahan apabila tiba hari terakhir, walaupun kita pulang membawa portfolio yang tidak sempurna tetapi cukup untuk mendapat rahmat dan reda Allah SWT. Itulah hakikat kejayaan sebenar. Itulah pulangan yang paling bernilai.

Wallahu’alam.


Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup


No comments:

Post a Comment

Orang Beriman Utamakan Hukum Hakam

MINDA AKHIRAT  3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI BAB 3 - MINDA AKHIRAT UTAMAKAN HUKUM Minda akhirat  berfungsi seperti kompas yang se...