MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI
BAB PELABURAN HUBUNGAN KEMANUSIAAN
Pelaburan hubungan kemanusiaan seorang insan yang berminda akhirat bukan sekadar menjaga jaringan sosial tetapi membina jambatan menuju reda Allah SWT. Manusia tidak diciptakan untuk hidup bersendirian. Manusia dijadikan Allah SWT sebagai makhluk sosial. Setiap pertemuan, setiap perbualan dan setiap interaksi membuka peluang mengumpul pahala atau sebaliknya membuka pintu dosa. Seorang yang sedar hakikat ini akan memandang hubungan sebagai amanah, bukan sekadar keperluan emosi.
Hubungan bermula dengan niat. Dia tidak mendekati seseorang semata-mata kerana kepentingan dunia atau manfaat peribadi. Dia bertanya kepada dirinya; adakah hubungan ini mendekatkan aku kepada Allah SWT atau melalaikan aku mahupun mendekatkan aku dengan maksiat? Soalan ini menjadi asas pemilihan sahabat dan rakan seperjuangan. Sahabat yang baik bukan hanya menyenangkan hati tetapi menegur apabila tersasar dan mengingatkan kepada akhirat.
Dalam keluarga, pelaburan hubungan menjadi lebih besar nilainya. Pasangan bukan sekadar teman hidup tetapi rakan menuju syurga. Anak-anak bukan sekadar tanggungjawab dunia tetapi amanah yang akan menjadi saksi di akhirat. Seorang insan yang berminda akhirat melaburkan masa, perhatian dan kesabaran dalam keluarganya. Dia tidak hanya menyediakan nafkah keperluan material tetapi juga dalam aspek bimbingan rohani.
Hubungan kemanusiaan juga menuntut pengorbanan emosi. Tidak semua interaksi berjalan lancar. Salah faham, perselisihan, perbezaan pandangan dan konflik pasti berlaku. Seorang insan yang berminda akhirat memilih untuk memaafkan sebelum diminta berbuat demikian. Dia lebih suka meredakan daripada memanjangkan pertikaian. Baginya menjaga hati manusia lebih utama daripada memenangi hujah.
Pelaburan hubungan termasuk menjaga adab dalam pergaulan. Dia tidak membuka aib orang lain, tidak menyebarkan cerita tanpa kepastian, tidak memfitnah dan tidak memalukan sesiapa di khalayak umum. Setiap kata dan tindakan dalam hubungan dinilai dari sudut kesan jangkamasa panjang. Hubungan yang dijaga dengan adab akan melahirkan kepercayaan dan ketenangan.
Seorang insan yang berminda akhirat juga meluaskan skop hubungannya kepada masyarakat. Dia peka terhadap jiran, prihatin terhadap kesusahan orang lain dan tidak hidup dalam kepompong dirinya sendiri. Menziarahi orang sakit, menghadiri majlis ilmu atau membantu ketika diperlukan; semuanya menjadi pelaburan hubungan kemanusiaan yang bernilai di sisi Allah SWT.
Dalam dunia yang semakin individualistik, pelaburan hubungan memerlukan kesedaran yang tinggi. Media sosial boleh mencipta ilusi kedekatan tanpa hakikat perhatian sebenar. Seorang insan yang berminda akhirat tidak sekadar berhubung di alam maya tetapi hadir secara nyata apabila diperlukan. Kehadiran fizikal dan emosi membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar tanda suka dan komen ringkas di telefon bimbit.
Perbezaan antara minda dunia dan minda akhirat jelas dalam cara membina hubungan. Minda dunia sering berhubung untuk keuntungan, pengaruh dan kepentingan diri. Minda akhirat pula berhubung untuk memberi manfaat dan mencari keberkatan. Minda dunia memutuskan hubungan apabila tidak lagi menguntungkan. Minda akhirat mempertahankan hubungan selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip agama. Mereka menjalinkan hubungan dengan penuh kasih sayang.
Pelaburan hubungan kemanusiaan yang bermatlamat melahirkan jaringan kebaikan yang luas. Hatinya tidak sunyi, hidupnya tidak terasing dan langkahnya lebih kuat kerana disokong oleh doa dan kasih sayang orang lain. Seorang yang hidup dengan kesedaran ini sentiasa bertanya dalam setiap hubungan; adakah aku menjadi sebab orang ini lebih dekat kepada Allah SWT atau sebaliknya? Soalan itu menjadi cermin yang memandu dirinya agar setiap hubungan menjadi bekalan menuju akhirat yang kekal.
Ikhlas,
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya.
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.
Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment