Tuesday, April 24, 2012

Masalah Cerai Berai



Dewasa ini kita sering membaca kisah masalah rumahtangga yang mana akhirnya membawa kepada penceraian. Keadaan ini bukan hanya terjadi kepada rumah tangga yang dibina sekadar dalam masa seminggu sebulan, setahun, malah ada juga rumahtangga yang telah dibina selama puluhan tahun juga mengalami masalah yang serupa.

Maka banyaklah sebab musabab yang dikemukakan dan kekadang sebab musabab itu tak logik dan tak masuk akal. Sebab utama yang sering kita dengar bila ditanya ialah “tiada kesefahaman lagi...” Apapun mari kita senaraikan beberapa sebab musabab lagi ;

·         Gangguan pihak ketiga
·         Masalah kewangan
·         Masalah di ranjang
·         Masalah pasangan tak melayan
·         Masalah pasangan tak mahu kerja
·         Masalah cemburu
·         Masalah pasangan tak mahu dengar kata
·         Masalah pasangan yang mendera
·         Masalah pasangan tak nak sembahyang
·         Masalah pasangan curang
·         Masalah pasangan malas
·         Masalah pasangan panas baran
·         Dan banyak lagi...

Malah ada juga di masa depan sebab yang tak masuk akal seperti pasangan tak menjaga kebersihan, pasangan tak mahu berhenti merokok, pasangan tak pandai bergaya, salah pilih pasangan, pasangan kuat kentut, pasangan yang semakin gemuk, pasangan berbau badan busuk dan sebagainya.

Mungkin juga nanti pasangan yang berkahwin ini boleh bercerai atas sebab gempa bumi di Haiti mahupun di Chile, saja-saja nak tiru artis, rancangan TV tak best, motor rosak dan sebagainya yang langsung tak ada kena mengena. Hawhawhaw...

Maka ramailah yang memberikan sepuluh ratus pandangan akan bagaimana untuk mengelak penceraian ini dan memastikan pasangan itu sentiasa dalam harmoni. Antara pandangan yang sering kita dengar;

·         Banyakkan berkomunikasi
·         Perbaiki sifat dan sikap
·         Perbaiki diri
·         Jumpa kauselor
·         Pergi honeymoon kali kedua
·         Baca buku dan cari ilmu perkahwinan
·         Adakan kursus buat pasangan yang dah berkahwin
·         Dan sebagainya.

Hai, yang lawaknya sebelum mendirikan rumahtangga semuanya cantik, semuanya wangi, youlah segala, i love you forever and ever, kalau boleh nak ‘melekat’ sentiasa, kalau berjalan tangan dipimpin tak lepas sampai nak korek hidung pun ditariknya tangan pasangan itu sekali, kalau telefon sampai tak nak letak telefon, sms 24 jam sehari tanya dah makan belum, berada di mana, dah berak ke belum dan sebagainya. Kemudian kalau pasangan terlanggar batu, batu dimarahnya dan banyak lagi senario yang indah bagaikan berada dalam syurga.

Namun semua ini hilang begitu sahaja setelah mendirikan rumahtangga. Kemana semua ini pergi ye?

Beginilah biar saya tanya satu soalan terus kepada pasangan yang punya masalah ataupun yang telah bercerai..

-      Adakah anda berdua mendirikan solat lima waktu?

Ketahuilah kebanyakan pasangan yang bercerai terdiri daripada mereka yang tak solat atau memperlekehkan solat lima waktu.

Rujuk kepada artikel dalam blog ini bertajuk Rahsia Kebahagiaan Dalam Perhubungan. InsyaAllah ia akan memberikan pengisian yang akan memberikan kefahaman dalam hal ini.

Sedarilah dalam diri manusia terdiri daripada dua pengisian iaitu pengisian ugama dan pengisian sekular atau pengisian dunia dan akhirat, kalau seseorang itu banyak pengisian ugama dan terbuka mata hatinya maka saya namakan mereka ini orang akhirat sedangkan kalau seseorang itu dipenuhi dengan pengisian sekular keduniaan maka saya namakan mereka ini orang dunia.

Orang akhirat akan memelihara solatnya, orangnya tenang dan ikhlas, hati mereka dipenuhi dengan sifat-sifat yang baik, bila gembira mereka tidak terlalu gembira, bila dilanda masalah juga mereka tidak berduka. Mereka flatliners. Mereka melakukan amalan-amalan yang wajib dan sunat. Sedangkan Orang dunia ini pula sebaliknya penuh dengan syak wasangka buruk tak menghormati suaminya, penuh dengan alasan, menyalahkan orang lain, rasa serba tak puas hati, rambutnya karat, matanya biru, kukunya merah, hati mereka dipenuhi dengan sifat buruk, bersikap negatif dan sebagainya. Bila gembira terlalu suka, bila jatuh terlalu duka, kenaikan dan penurunan emosi terlalu drastik, mereka juga sering melakukan amalan yang makruh dan haram seharian.

Oleh itu masalah akan berlaku bila orang dunia berkahwin dengan orang dunia. Pelbagai persengketaan dan perbalahan yang akan berlaku kerana kedua-duanya mempunyai asas nilai sekular yang berbeza dengan pandangan dan perspektif yang pelbagai.

Masalah juga akan berlaku bila orang akhirat berkahwin dengan orang dunia sekali lagi kerana perbezaan nilai, perspektif dan pandangan di antara mereka.

Dan,

Sesebuah perkahwinan itu hanya akan bertahan dan mendapat keberkatan Allah Taala bila ia dibina dengan asas kerana Allah Taala antara orang akhirat dengan orang akhirat. Mereka ini menjalani kehidupan rumahtangga yang tenang dan bahagia sehingga hari mereka mati kelak. InsyaAllah.

Ada juga perkahwinan dua contoh yang terdahulu yang bertahan tetapi ia penuh dengan pelbagai kisah naik dan turun, perbalahan, pergaduhan, kecurangan, persengkataan, cemburu, tekanan dan sebagainya.

Apapun yang mana anda pilih? Perkahwinan yang tenang dan bahagia atau perkahwinan yang penuh masalah? Kalau nak yang bahagia usahakanlah untuk meningkatkan ilmu dan iman. Dekatilah Allah Taala.

Namun demikian harus diketahui ada juga orang akhirat yang ‘kelihatan’ seperti orang akhirat tetapi dalam diri dan hatinya kotor. Diluarnya mereka ustaz dan ustazah tetapi di dalam hatinya tersorok sifat yang buruk, nafsu yang tak dapat dibendung, suka porno, kaki seks, panas baran dan sebagainya.

Kesimpulannya semuanya ini terletak di hati. Hati yang bersih dengan akal yang dapat menguasai nafsu maka ini akan dapat dilihat dari luaran yang tenang dengan akhlak serta budi pekertinya yang mulia.

Ingatlah sesuatu yang disampaikan dengan ikhlas dari hati yang baik dan dapat dirasai oleh hati yang satu lagi... Dapat rasa tak? Hawhawhaw...

Saya rasa saya kena adakan bengkel kenali pasangan ideallah kalau macam ni. Ada yang berminat?

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

1 comment:

  1. togel singapura

    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    * Pin BBM : D1A279B6
    * Pin BBM : 7B83E334
    * Whatsapp : +85598291698
    * Skype : Poin.4D
    * Line : +85598291698

    ReplyDelete

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...