Tuesday, April 10, 2012

Mengukuhkan Mata Hati




Pernahkah anda mendengar ayat seperti ini, “Iman seakan meniti batas, adakalanya bila kita jatuh tergelincir hendaklah kita kembali naik ke atas”. 

Maka beruntunglah bagi mereka yang faham akan maksud ayat di atas ini. Bagi saya orang yang tinggi keimanannya bakal mempunyai satu mekanisma automatik yang dapat mengesan dan merasai kebocoran keimanan dalam hatinya, mekanisma ini juga akan mengerakkan pemiliknya untuk mengambil langkah mengelak, mencegah mahupun merawat kebocoran keimanan itu andainya ia terjadi dan cara yang terbaik ialah untuk kita meningkatkan usaha untuk meningkat amal dan ilmu walau apa juga cara serta kaedahnya.

Kalau kita lihat dalam kisah Imam Syafie dulu beliau merupakan seorang yang dikurniakan dengan fotografik memori dan dapat mengingati apa juga yang dibacanya. Namun demikian pada satu hari beliau tak dapat menghafal apa-apa hanya kerana beliau ternampak betis seorang perempuan. Seorang yang beragama Islam mestilah menjaga kebersihan dirinya dari semua sudut. Rohani Jasmani serta Akalnya.

Itu Imam Syafie, bandingkanlah keadaan ini dengan diri kita. Bukankah kita melakukan begitu banyak kekotoran / kerosakan / maksiat saban hari? Dalam sedar mahupun tidak. Kita melihat aurat perempuan, kita tinggalkan solat, berjudi, minum arak, bergaul bebas, berzina, rasuah, membazir, menipu, menyakitkan hati orang lain, kedekut dan sebagainya.

Mekanisme rawatan keimanan ini mungkin mudah dilihat kalau kita hanya melakukan SATU sahaja kesilapan seperti Imam Syafie itu tadi namun demikian kalau kita melakukan pelbagai maksiat saban hari bagaimana untuk kita mengetahui apatah lagi menyedarinya.

Pada saya bila kita terbelenggu dengan maksiat yang pelbagai saban hari ia menyebabkan mekanisme keimanan ini tidak dapat berfungsi. Ia menyebabkan mata hati kita menjadi kabur dan buta hingga tak dapat membezakan yang hak dan batil, yang salah dengan yang benar. Kalau cermin mata kita kabur dan berhabuk pasti kita akan mencucinya namun kalau mata hati kita kabur kita biarkan sahaja kerana kita langsung tak sedar mengenainya. Dalam hal ini untuk mencuci mata hati maka kita kena mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan menambahkan amalan kebaikan. Minimakan kerja-kerja yang boleh membawa dosa dan maksimakan kerja-kerja yang boleh membawa pahala atau dalam ertikata lain jauhkan larangan Allah Taala dan turuti perintahNya.  

Mereka yang beriman selalunya sentiasa memegang pada tali Allah, berada dalam keadaan tenang sentiasa, dapat mengawal nafsu menggunakan akal, ikhlas dalam amalan, dapat menapis pengisian yang buruk, sedar akan ujian dan dugaan, sabar dan redha menjadi amalan. Andai mereka tergelincir mereka akan dapat merasainya lantas seterusnya kembali ke atas batas keimanan, ketauhidan kepada Allah Taala.

Oleh yang demikian, tampallah kebocoran keimanan yang ada dalam hati dengan harapan kita akan dikurniakan dengan mekanisme rawatan keimanan ini yang akan memberitahu / menyedarkan kita akan kesalahan yang kita lakukan samaada dalam sedar mahupun tidak. Semoga keimanan kita akan dipertingkatkan Allah ke tahap yang tertinggi sebaris dengan kekasih-kekasihNya. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

No comments:

Post a Comment

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...