Monday, April 9, 2012

Mencari Ketetapan Hati



Dalam hidup kita sering bertemu dengan orang melayu yang mengaku Islam malangnya bersifat keduniaan. Bersifat mata duitan, tamak, berprasangka buruk, menuduh tanpa bukti, memfitnah, membalas dengan cara yang tak setimpal dan sebagainya.

Semua ini sebenarnya petanda kekotoran di dalam hati. Semua ini adalah sifat mazmumah yang menguasai hati dan usaha untuk membersihkannya perlu dijalankan.

Dalam hal ini bersifat mata duitan bermakna semua yang dikerjakan mahu mendapat balasan berbentuk hadiah dan habuan kewangan sedangkan prinsip Islam bukan begitu. Ini kerana hanya ada tiga perkara yang boleh dibawa mati iaitu Amal Jariah yang kita kerjakan, Ilmu yang bermanfaaat yang kita sampaikan, juga doa anak yang soleh. Sebaiknya dalam apa juga yang kita lakukan serahkanlah pada Allah akan apa juga habuan yang bakal ditentukan buat kita.

Bilamana ganjaran itu kurang dari apa yang disangkakan maka melenting dan marahlah mereka ini sedangkan rezeki dan segala kurnia adalah hak Allah dan Allah telah berjanji untuk memberikan rezeki pada setiap anak Adam yang dilahirkan di muka bumi ini. Kita tak perlu bersifat tamak mahupun mengambil hak orang lain. Ini bukanlah prinsip Islam, ini merupakan prinsip orang melayu yang tak berilmu.

Begitu jugalah dengan sifat-sifat mazmumah yang lain. Kekotoran di dalam hati akan mengundang kekotoran yang lain seperti yang selalu saya katakan dalam artikel-artikel yang sebelumya. Bila ada prasangka buruk, maka adalah sifat tamak, sifat dengki dan iri hati, sifat tamak, sifat sombong, riak dan takbur serta pelbagai sifat kotor yang lain. Hati umpama dipenuhi dengan sampah sarap, kuman, darah kotor dan nanah.

Dalam hukum Islam, kalau hendak membalas maka hendaklah setimpal dengan apa yang diperlakukan. Ini tidak. Ikut hukum melayu, membalas mesti lebih dari apa yang diperlakukan. Banyak berdrama penuh dengan emosi. Mungkin banyak sangat tengok drama-drama yang dipaparkan di kaca televisyen agaknya dan kebanyakan drama-drama ini datangnya dari Negara-negara yang lebih mundur.

Seterusnya bila dah kalah, maka mulalah mengambil pendekatan menunjukkan kekuatan menggertak. Sama seperti sifat orang di zaman batu dahulu. Masih belum bertamadun. Walhal orang lain mungkin lebih gangster dari dirinya. Nak panggil kaum mana? Red Dragon dari Simpang Renggam? 3 line? Pekida? Abang Long atau nak panggil geng India yang bunuh Dato’ Sosilawati hari tu? Boleh sahaja.

Tapi semua itu tak perlu kerana cukuplah Allah sebagai pelindung.

Jadi apakah motif semua ini. Adakah ia dilakukan dengan motif dan niat kerana Allah Taala. Motif ibadah? Yelah Allah berfirman “Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk beribadah / mengabdikan diri padaKU”. Dalam banyak kes yang saya temui ini bukan kesnya, kebanyakannya bermotifkan nafsu serakah semata-mata.

Disini jelas menunjukkan betapa kebanyakan kita tak tahu hukum hakam prinisip keislaman. Hukum hakam yang telah ditentukan Allah Taala. Ia umpama satu perlembagaan yang mesti kita junjung sebagai manusia. Malangnya bagaimanakah kita mahu menjunjung perlembagaan Allah taala bila kita tak punya ilmu mengenainya?

Kesimpulannya janganlah ikut hukum melayu tapi ikutlah hukum Allah. Ini kerana ia adalah kebenaran dan menjanjikan kemenangan yang hakiki baik di dunia mahupun di akhirat.

Pesan saya, berhati-hatilah pabila kita melangkah melebihi umur 40 tahun maka kita bakal mendapat ketetapan hati. Pilihlah dengan bijak antara jalan yang gelap dengan jalan yang terang. Jalan yang gelap yang hanya membawa kita kepada kerosakan. Percayalah.

Sekian dulu buat kali ni.

FY mengundur diri. Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang kurang baik adalah atas kelemahan FY sendiri.

No comments:

Post a Comment

BELI BAJU MINDA AKHIRAT

  Kami mempunyai beberapa produk Minda Akhirat untuk dijual sepertimana di bawah ini ;  HUBUNGI EN RASHID 011-11736110 SEKIRANYA ANDA BERMIN...